Sunday, November 29, 2009

.: AYUH handle experiment AURAT !!!! :.



AURAT DARI PERSPEKTIF FIZIK..!!



  Percaya ke tak kalau penutupan aurat yang sempurna nie bukan sahaja tuntutan syariah, tapi juga berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental seseorang terhadap daya tekanan yang diberi.Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah daripada wanita yang berpakaian “liberal” kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah.
Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronisme yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama. 
  Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen daripada satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah daripada segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan. 
Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan daripada segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada Tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.





   Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima. Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar daripada badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas daripada unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan. 
Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan. Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan. 

an Konsep Aurat 
Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan: 
J = mc x tetha 




J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. 
m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu. 
c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa. 
tetha ialah perubahan suhu. 



en 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB

Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita: 

wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah
wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat 
wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan. 


Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian. 

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya. 

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah. 
Pembolehubah manipula
c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. 

Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas daripada suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt? 
Pembolehubah malar 
m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama. 

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain). 
Pembolehubah bergerakbalas 
J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi. 

Kaedah 
1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa. 

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian. 

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama. 

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: 

Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik
Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan. 

Pemerhatian 
1) Wanita A kelihatan merendah diri, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut. 

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal. 

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial. 

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif. 

Kesimpulan 
Daripada eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi: J = mc x tetha.

Oleh itu, hipotesis diterima. 
Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam 
Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu. Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh. 

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan dan selamat beramal...

Friday, November 27, 2009

Perkara yang merosakkan muslimah






MUSUH-MUSUH Islam menggunakan bermacam-macam cara untuk merosak wanita muslimah dalam semua aspek kehidupannya. Di antara cara yang mereka lakukan adalah:

a. Berita-berita media massa,sama ada media cetak mahupun elektonik. Secara zahirnya, dapat saja pemberitaan itu dianggap sebagai langkah maju dalam membela kaum kewanitaan melalui tajuk-tajuk yang diperlukan wanita dan kononnya untuk membela hak-hak wanita. Namun, pada hakikatnya adalah eksploitasi dan penindasan terhadap kaum wanita melalui penampilan wanita-wanita yang tidak memiliki rasa malu dan berakhlak rendah.

b. Menyeru kaum wanita untuk menjalani kehidupan bebas.

c. Mengkempenkan hidup serba boleh serta keluar dari nilai-nilai syariat dan budaya Islam.

d. Meniru budaya glamour yang menyimpang dari nilai-nilai Islam,seperti kehidupan para artis dan penyanyi.

e. Mengikuti fesyen-fesyen baru sama ada dalam pakaian,kasut dan lain-lain.

f. Menyeru wanita muslimah untuk bekerja di luar rumah dan bercampur dengan lelaki.

g. Mengajari wanita tentang cara-cara menarik perhatian lelaki melalui penulisan syair dan asmara dalam ruangan majalah atau akhbar yang diberi nama: sastera, pena pembaca,dialog,dan lain-lainnya.

h. Kolum perkenalan antara remaja yang mendorong mereka untuk saling berkirim surat dan gambar dan seterusnya merangsang kepada pergaulan bebas.

Paul,seorang Misionari jerman (1879), pernah berkata: "Yakinlah anda dengan sepenuhnya bahawa kita tidak akan mampu mengalahkan Islam kecuali jika wanita itu bersama kita dan berjalan di barisan kita." Muhammad Thala'at Harb Basya dalam kitabnya Al-Mar'atu wal Hijab berkata: "Sesungguhnya penghilangan hijab dan percampuran laki-laki dan wanita adalah dua perkara yang menjadi impian bangsa Eropah (Barat) sejak dulu."


Thursday, November 26, 2009

YANG DITUNGGU- TUNGGU...!!!

 .......alhamdullilah, akhirnya berjaya juga ana mencuri sedikit masa ana untuk menyiarkan karya-karya para plajar SBPIKP muslimat yang sememangnya berbakat nie....  ana mintaq maap bebanyak la sbb hyPER-lambat siarkan artikel2 nie... MAAF larh yerh..!!!(hehehehehee,..bnyk pancaroba + masalah + dugaan & rintangan yang menghalang ana sejak kbalakangan nie..!)..sblum ana melalut dengan lebih lalut, bg yang terkebil-kebil tentang apa yang tengah ana suarakan nie.., untuk pengetahuan antum dan antunna semua..,sebnrnya team BADAR pada bulan SEPT yang lalu..,telah menganjurkan pertandingan
    KARYA KREATIF ISLAMIK SBPI Kubang Pasu...!!
Pertandingan yang mengambil berhari-hari lamanya ini terbuka kpd semua pelajar ... termasuklah para pelajar FORM 5 yang tengah sibuk buat preparation untuk SPM.. Alhamdulillah, pertandingan ini memang dapat sokongan ramai larh jugak..( alhamdulillah,syukran para plajar SBPIKP di atas sokongan korang..!!!)

                 jdi, bg yang dah hampir hilang sabar nak membaca..( ish3, x baik taw.. SABAR TU KAN SEPARUH DARIPADA IMAN...),ana ucapkan

               S.E.L.A.M.A.T  M.E.M.B.A.C.A!!!

            


TEMPAT PERTAMA
    HASIL NUKILAN: MARDZIYAH


        DETIK BERSAMAMU…



I’m Happy You’re My Dad

I feel safe when you are with me;
You show me fun things to do;
You make my life much better;
The best father I know is you.


I’m happy you’re my Dad


       Pada tanggal 20 September 2009 bersamaan 1 Syawal yang lalu, aku pergi menziarahi pusara arwah abah buat kali pertama. Aku ke sana bersama adik-adikku yang masing2 berumur 9,7 dan 3 tahun. Setibanya di sana, adikku yang bongsu bertanya, “kak yah, knapa depa tanam abah dlm tanah..?”.. tanpaku sedari, air mataku mengalir membasahi pipiku . Abah,aku masih teringat lagi kenangan- kenangan bersamamu abah…….


       Sebulan sebelum kematian abah, aku pulang untuk cuti penggal pertama. As a usual, abah akan setia menungguku di tepi jalan.., menyambut kepulanganku dengan bibir yang tak pernah lekang dengan senyuman mekar . setibanya di rumah, aku melihat abah membawa keluar sebuah telefon bimbit dari poketnya. Aku berasa terkejut, rupa-rupanya abah tlah membeli handset terpakai daripada bapa saudaraku. Abah berkata “nanti kalo kak yah nak tepon, tak pyah nak tepon pak ngah lagi. Kak yah boleh tepon abah terus.. pkul brapa pun abah x kesah.., abah takkan marah kak yah mcm pak ngah, abah boleh cakap dengan kak yah tiap-tiap hari.., sbb tu la abah beli telepon nie … abah x kesah, biaq larh abis duit pun tak pa..”.itulah luahan abah ketika dia baru beli telepon bimbit.


       Setelah seminggu berada di rumah, akhirnya tiba pada waktu mlm sebelum pulang ke sekolah. Abah berkata lagi, “kak yah kalau pi blajar tu jangan ingat benda lain. Kalau ingat dekat umah banyakkanlah baca Al-Quran, bila sembahyang maghrib baca surah Al- INSYIRAH, surah tu boleh buat hati rasa lapang..” abah menyambung lagi,.. “nanti bila pi sekolah belajarlah betul2. jangan layan la perasaan nak bercinta , sudahlah keadaan abah camni.. tak tinggi2, abah kerdil… belajarlah pandai2, boleh jaga mak dan adik2 bila abah tak da…”


       Pada keesokan harinya, Pak Lang dan Mak Lang dating ke rumah dan ingin membawa aku pergi ke sekolah. Abah nak ikut. Tetapi malangnya, anak2 Mak Lang ramai. Aku tahu abah nak ikut walaupun abah kata ‘tak apalah kalau dah tak da ruang” .. wajah abah penuh dengan riak kesal dan kecewa… pagi tadi abah bangkit awal, dia mandi dan pakai baju baru dan lawa semata-mata nak hantar aku..

Tak pernah terlintas di fikiran aku, rupa-rupanya tindakan abah itu adalah kerana dia berfirasat mungkin inilah peluang untuk abah menghantar ke sekolah untuk kali terakhir ..


       Pada cuti pertengahan tahun, aku pulang untuk kali kedua ke rumah. Aku berasa agak susah hati, tak sedap hati sebab dah berminggu- minggu aku tak dapat nak menghubungi abah. Apatah lagi, ketika aku balik abah tak menunggu aku di depan rumah. “abah pergi mana,??” hatiku tertanya-tanya.. apabila aku menolak daun pintu, aku terlihat abah tersandar di tepi dinding. Taktala abah lihat aku yang sedang melihat kondisi abah, segera abah bangun dan berkelakuan seperti tidak ada apa yang berlaku. Abah menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku. Bodohnya aku.. aku lansung tak perasan akan lakonan abah yang berpura-pura sihat.. malah,aku tak menghiraukan abah kerana menyangka abah baru bangun tidur..


       Keesokan harinya, aku dan adik beradikku mengajak abah ke pekan Baling untuk membeli kasut raya kerana nanti tidak ada cuti untuk pelajar SBP. Jadi aku merancang untuk membeli baju dan kasut lebih awal dari tarikh raya.. kami ke Billion di Baling. Ketika berjalan melintasi sebuah kedai pakaian, abah tiba-tiba berhenti apabila melihat sepasang pakaian Upin dan Ipin. Alangkah terkejutnya kami adik beradik apabila tiba-tiba abah membeli pakaian tersebut untuk hadiahkan pada adik kerana sebelum nie abah adalah seorang yang kedekut untuk berbelanja ke arah itu.., jadi, hairan kami apabila abah membeli baju demikian.. Kemudian, abah menyuruh kami memilih baju yang sesuai untuk raya nanti..


       Setelah selesai membeli baju untuk kami, abah terpandang sehelai T-shirt yang beharga rm1.90 dan mebeli untuk dirinya.. aku berasa pelik kenapa abah tak turut beli baju yang cantik dan baru untuk dirinya..kami tanya abah.. jawab abah, “biaqlah abah pakai baju buruk-buruk pun waktu anak- anak abah tengah belajaq nie, sebab abah taw nanti bila anak- anak abah besaq nanti dan berjaya, anak-nak abah boleh beli baju yang lagi mahal dan cantik kat mak yang mungkin selama ni abah pun tak mampu nak bagi kat mak.. sedih dan pilu hati aku mendengaq kata-kata abah..walaupun hati sedikit hairan kenapa abah tak turut kata untuk dirinya sekali.. ahh,mungkin abah terlupa kot.! Di kedai kasut pula, kami menyuruh abah membeli kasut baru kerana kasut abah terlalu lalu uzur.. keliling kasut abah hanya ada dawai yang diikat sana sini.., namun abah tetap tak mau beli untuk keperluannya.. alasan abah tetap sama, iaitu jangan membazir.. kasut lama lebih selesa dari kasut baru.. kekadang aku sedih melihat kondisi abah, tapi kekadang aku turut merasa malu..


       Pada hari ketiga, aku pulang ke rumah dan aku mendapat tahu abah jatuh sakit. Pada malam berikutnya, abah menyuruh aku dan kami sekeluarga berkumpul namun aku dan adik2 degil tak mahu dengaq cakap abah..kami tahu pasti ada yang tak kena dan kami tak mahu tahu lagi..jadi takut apa yang kami rasa jadi kenyataan , kami semua sengaja tiduq awal malam itu. Pada pagi esoknya, hanya tnggal aku dan abah shj di rumah. Ketika aku sedang menonton rancangan kegemaran aku di ruang tamu, tiba-tiba abah memarahi aku agar membuka tv3 sebab abah nak tengok buletin 1.30 tgh hari dan katanya takut tak sempat walaupun jam waktu itu baru pukul 10 pagi.. PELIK! Itu yang aku rasa namun aku tetap kelam kabut buka tv3..apabila aku paling melihat abah semula, abah sedang lena pula.. knapa dengan abah nie..??  tiba tiba, abah terjaga, abah sebut, “kak yah! Kak yah! Mari dekat abah nak!! Abah nak cakap sesuatu..!! yuran, yuran kak Yah abah tak sempat nak urus, tolong minta Mak Long tolog urus ya… apa yang abah cakap nie.. hatiku memprotes!!  Ya Allah, knapa aku fakir bukan2 nie.., Tolonglah Ya Allah..!!!


       Kemudian abah bangun untuk ke toilet, Masya-Allah ada darah sepanjang celah laluan abah.. aku takut sangat.. sambil menangis, aku meluru ke rumah pak ngah dan sruh pak ngah ke rumah…. aku panik sangat.. ketika aku dan pak ngah sampai ke rumah, abah sedang teriak kesakitan..!! pak ngah cepat2 sruh aku pi panggil tok, mak dan adik2.. sementara nak tunggu mak pulang, aku dan tok tolong picit lengan abah .. tok tanya abah nak pi hospital dekat mana, yang kat Sikh ka kat Baling.., abah jawab, yang paling dekat sudahlah..sambil aku picit abah, abah berkata, “kak Yah, blajarlah sungguh .. jga mak dan adik2 sebab kalau abah tak da, hanya Kak Yah sorang larh yang abah percaya nak jaga mak dan adik2 pun.. jadilah anak yang solehah, jangan ingat kat abah tau, balas larh balik pengorbanan orang yang banyak berjasa kat kita tak kira masa..” suara abah sebak dan sayu sangat.. tapi hatiku ketika itu, lagi SEBAK dan SAYU dengan kata2 abah yang ckup mendalam itu.., aku cuba menahan air mata daripada gugur di hadapan abah, agar abah tak risau akan aku.. waktu tu, aku renung lengan abah yang semakin kelihat pucat…


       Ketika empangan air mata ini semakin kian pecah, aku minta mengundur diri.. aku mendukung adik di belakang rumah.. abah dibawa ke hospital., ketika itu, muka abah pucat, darah abah kian mengalir laju.. darah merah abah menakutkan aku.. mak yang selama ini tak pernah menunjukkan rasa kasih terhadap abah, meriba abah sambil menangis teresak-esak..


       Waktu malam, suasana rumah kami sangat suram. Masing2 dengan kerenah sendri. Aku berdoa agar abah selamat dan kembali sihat. Tiba-tiba hati teringin untuk mengaji al- Quran. Aku mengajak adik. Sedang kami membaca al-Quran, tiba-tiba ada orang mengetuk pintu.. aku sangka abah, tapi rupa-rupanya Pak Ngah.. dan pak ngah datang dengan khabar yang sangat meruntunkan jiwaku..


       Pak ngah mengkhabarkan berita kematian abah dengan kata2 yang tenang walaupun aku tahu pak ngah hanya berlagak tenang.. jantungku ini seperti mahu hampir tak berdegup dengar perkataan ABAH DAH TAKDA!! Aku rebah.. aku dah tak mampu berlakon tenang di hadapan mak dan adik2 lagi.. aku menangis semahu-mahunya.. Betapa hati ini ingin memprotes akan ketentuan Allah, tapi siapalah aku, Ya Allah.. aku hanyalah hambamu yang kerdil lagi hina.. betapa marahnya aku terhadap diri kerana pernah bersikap dingin terhadap abah, marahkan abah dan aku juga pernah berasa malu akan fizikal abah yang kerdil dan pendek.. Ya Allah, aku adalah anak yang yang kufur nikmatMu Ya Allah..


       Kini, hilang sudah tawa2mu abah, nasihatmu, laranganmu,.. hilang sudah orang yang nak menunggu aku di depan pintu ketika pulang cuti bermalam.. hilang sudah orang yang akan ku telefon untuk mencurahkan sukaduka ku..kini segala-galanya sudah TIADA..


       Kak yah! Kak Yah! Tiba2 aku terdengar adik bongsuku memanggil. “jom kita balik, adik nak beli gula2 kat abah..!!”.. sayu hatiku dengar adikku berkata demikian.. “najib, janji dengan kak Yah jangah panggil abah lagi yerh,pujukku.. “Kak Yah nie knapa..!! jangan ckp camtu, nanti abah sedih..!!!” protes Najib terhadapku.. aku langut ke langit, “ ABAH, YAH AZAM, YAH AKAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN JAGA MAK DAN ADIK BAIK2..”..  sebelum beredar dari kubur, aku merenung adik dan cuba menasihatinya semula.. semoga kami semua tabah dengan dugaanMu Ya Allah..




                      ***************************





TEMPAT KEDUA
HASIL NUKILAN: NUR SYAHIRA BT. MUHAMAD LUTFI

Hidup ibadat..

Ku persembahkan Kitab ini
Kepada mereka yang ku pimpin
Yang rajin bertanya
Itu dan ini
Untuk kepastian
Dalam
Beribadat

Dan,
Kupersembahkan juga permata ini
Kepada mereka yang mencari
Dan mereka yang mengejar cahaya ilmu
Dari surau ke surau
Dari masjid ke masjid
Dari rumah ke rumah
Membentuk usrah mingguan
Tanpa secubit rasa jemu
Tanpa sekawah rasa bosan
Demi mencari
Sebentuk keredhaan

Kubesarkan permata ini
Seperti mana terbentangnya
Lautan yang indah
Kepada mereka yang lalai dan lupa
Yang makan ketika kenyang
Yang minum ketika tidak dahaga
Yang boros berbelanja
Yang lupa akan Kaabah
Sedangkan..,
Diri insan renggang dari nur
Yang sedang bersinar
Jauh..
Jauh..
Jauh di ulama..

Duhai hati,
Tidakkah kau menyesal
Bila hidupmu gelap tanpa ilmu
Meninggal tanpa ibadat…?!

Justeru,..
Marilah!
Ayuhlah!
Kita bangun
Semarakkan kembali ibadat
Dalam hati dan amalan kita
Agar
Hati senantiasa diterangi nur iman
Yang dahulu,
 tidak tercalit walau sebutir
kasih pada kekasihNya
maka sebarlah perintahNya
yang tiada tercabar..
 ...........................


TEMPAT KETIGA
HASIL NUKILAN: FADZLINA BINTI AZIZ

APABILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH..

Ingatkah dikau
Dimana dalam sejarah
Sepasang mata menjadi hadiah
Kenapa kau mengikutiku
Aku tertarik dengan kecantikanmu
Jawapan yang cukup angkuh
Namun mengundang seribu sesalan
Bila bungkusan merah
diterima tangan.

Muslimah
Contohilah wanita itu
Bukanlah dengan mencungkil mata
Tetapi…,
Dengan menjaga
Keperibadianmu..

Wahai muslimah
Aku sering bertanya
Bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka
Menghadiahkan senyuman
Meramahkan bicara
Kepada lelaki yang bukan mahram
Apakah engkau ini berani
Menguji jiwa lelaki
Yang sememangnya
Diciptakan Allah
Dahaga kepada keindahan wanita
Walaupun sekadar muka yang manis
Benar wanita itu telah menemui ajalnya
Namun diiringi redha Ilahi
Yang akhirnya menjadi sufi..

Muslimah..
Begitulah perjuanganmu
Tundukkanlah pandanganmu
Keraskan suaramu
Tampilakan ketegasanmu
Apabila engkau berhadapan
Atau di kanan
Atau di kiri
Insan yang bernama lelaki
Walau atas apapun alasan
Ketuk keegoan mereka
Bangunkan mereka dari mimpi
Jelaskan dengan amalmu
Bahawa pencampuran bukan caranya
Bahawa di sini tiada kebaikan
Hanya kehancuran

Muslimah…
Inilah jalanmu
Lalu engkau mungkin melihat
Di kalangan remaja ini
Akan lahir Rijaluddin
Berjiwa pejuang
Sebagaimana lahirnya
Sebagamana bangkitnya
Dai’e bernama Hassan Al-Basri
Apabila sepasang mata menjadi hadiah..

.................................................................

AnTAra KArya-kaRYa laiN...
 


HASIL NUKILAN: SITI SAFWATUL AIMAN AISYAH BT. SAID
LOVE IS CINTA..!

“FAZ, kau kenal tak dgn Aisya Yusra?” aku memulakan buah bicara dengan adikku yang sedang khusyuk menyiapkan tesis yang ditugaskan oleh Dr. Ahmad Hafiz sehingga tak sedar akan kehadiranku di dalam bilik bacaan itu.”oh,Aisya Yusra yang ketua BIDA bhgian akhowat tu yer?”takkan abg tak kenal dgn ukhti Aisya, kan dia naib presiden BIDA? Abg apahal tiba-tiba tanya nie..? adikku berasa hairan pabila aku tiba-tiba bangkitkan hal itu, krn tak penah sblum nie terkeluar nama mana-mana akowat dari bibirku.

“faz, kau kenal ke tak? Soal banyak larh pulak,” aku mula meninggi suara.

“alah, abg nie rileks larh. Takkan tanya pun salah. Oklah.. oklah.. faz kenal.. knapa??

“hmmm, ahsanti! Abg nak Faz tolong bg nie kat ukhti Aisya Yusra yer? Aku mula menghulurkan sepucuk surat kpd adikku.

“insyaAllah, adik bagi. Lagipun, esok kebetulan plak Faz ada usrah dengan ukhti aisya.

“syukran jazilan ya Faz. Semoga allah mempermudahkan segala urusanmu. Yang paling penting, abang sayang adik abang nie!”
               ***********************
Selepas tamat sesi usrah yang dikendalikan oleh ukhti Aisya, Faz lekas-lekas mendekati wanita yang ayu rupanya itu kerana rakan-rakannya yang lain sudah beredar dari dewan kuliah tu.

“assalamualaikum. Boleh ana ambil masa anti sekejap? Ada benda urgent ni nak cakap.”

“Wa’alaikumussalam warahmatullah. Boleh tapi anti nie siapa yarh..?maaflah, ana tak abis lagi kenal semua ahli usrah kita, maklumlah kan ramai sgt..”

“ana Fazlina, panggil Faz jer, adik kpd Umar Mukhlisin. Tentu anti kenal dgn abg ana kan??

“ohhh, adik saudara Umar rupanya. Haa.. apa yang urgent sgtsampai tak sempat nak jumpa katluar nie??

“sebenarnya, ada hamba Allah yang mengamanahkan ana bagi surat ni kat anti. Dia minta maaf sgt sebab tak mampu nak bagi sendri kat anti. Katanya, penting!” lega hati Fazlina kerana dapat menjalankan amanah abgnya dengan lancar.

               ***********************

“bang, Faz ada benda yang nak ckp ni. Faz harap abang tak terkejut dengan apa yang Faz cakapnie. Gunakanlah akal yang waras untuk selesaikanapa yang berlaku ni. Kita sebagai manusia mmg tak terlepas dari ujian dari Allah.” Adikku mendekatiku yang sedang sibuk melayari blog Zaharuddin.net.

“ada pa ni, dik?? Serius ja bunyinya.,” aku dilanda kebingungan setelah melihatperubahan sikap adik yang agak dingin sejak pulang dari usrah Aisya usrah tengah hari tadi.

“oklah, Faz cakap straight to the point jelah dengan abang. Tadi lpas usrah, ukhti Aisya ada bagi tau yang dia pun dah lama menaruh perasaan pada bang setelah melihat keteguhan iman abang berbeza dari ikhwan lain. Dia suka melihat cara abang mengembangkan syiar Islam. Dia dah cuba berkali-kali untuk lupakan abang tapi tak mampu jugak.”

Bagaikan halilintar yang merenggut seluruh jiwa dan ragaku taktala mendengar kata-kata dari adikku. Perasaan aku ketika tu mmg tak dapat dibendung lagi. Sedih, marah, kecewa, menyesal, gembira, bersyukur, bercampur baur di segenap ruang sanubari ini hanya Tuhan saja yang tahu. Sungguh benarlah kata pepatah.’bertepuk sebelah tangan tak akan berbnyi,’ buktinya, insan yang telah membuatkan diri ini tergelincir dari landasan Ilahi rupa-rupanya turut terpedaya dengan godaan syaitan laknatullah.

Dikala ini, tiba-tibaku merasakan diriku teramat kotor dengan noda dan dosa yang telah kulakukan. Perasaan menyesal menyelinap masuk ke sudut hati kerana telah menggadaikan imanku hanya kerana seorang insan bergelar wanita.

Walaubagaimanapun, aku belum mampu untuk menolak perasaan hati yang noda ini. Jiwaku terusik untuk melakukan perhubungan dua hala antara dua jiwa ajnabi yang tidak pernah diredhai Allah. Inilah yang dinamakan ujian untuk menilai tahap keimananku sama ada masih teguh ataupun telah dimonopoli oleh hawa nafsu dan syaitan laknatullah.

Mana tidaknya, dalam penyesalan yang sedang menghantuiku sekalipun, aku tetap meneruskan perhubungan yang sudah terang lagi bersuluh salah di sisi syarak. Pada pendapatku, hubungan ini tidak salah kerana kami tidak bersua muka. Hubungan ini hanyalah     
Berlandaskan tazkirah dan nasihat-nasihat yang dikirim melalui e-maildan sms shj.

Sehinggalah terjadi suatu peristiwa yang menunjukkan bahawa Allah benar-benarmenyanyangi hambaNya. Allah menyedarkan aku dari dosa-dosa yang kulakukan.

               ***********************
Di suatu petang, ketika aku sedang bertadabbur Al-Quaran seorang diri di dalam bilik, tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Ku sangkakan itu adalah isyarat msg dri Aisya, rupa-rupanya..

ONE MESSAGE RECEIVED.

Assalamualaikum. Anak umi yang sentiasa dirahmati Allah…,

Ucapan maaf umi dahulukan jika sms ini menganggu Umar yang sedang lalai melayan duniawi yang semakin menghairahkan. Kehadiran sms ini hanyalah sekadar untuk memimpin anak umi yang jauh terpesong dari landasan yang benar untuk kembali berada dijalan yang lurus. Umar, adakah Umat rasa hubungan Umar dengan Aisya tak terjerumus kearah zina? Renungkanlah firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 32:

“dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji.”

Umi hrap Umar dapat muhasabah diri dan nilai balik apa yang Umar dah buat selama ini. Jika Umar masih sayangkan cinta Ilahi dan masih sayangkan keluarga kita yang ibina atas nama Islam, pulanglah ke pangkal jalan. Umar adalah satu-satunya anak Umi yang menjadi sandaran untuk memperjuangkan agama Allah hingga akhir hayat. Jangan hampakan harapan Allah, umi, abi, dan Fazlina..

Telefon bimbitku yang berada dalam gengaman terus terlepas ke lantai. Tidak semena-mena, air mata seorang lelaki yang sarat dengan penyesalan akhirnya tumpah jua.

“ya Allah, apa yang telah aku lakukan ni, ampunkan segala kekhilafan ku selama ini. Sungguh, tidakku sangka syaitan dapat mengaburi mata hatiku yang sememangnya sudah malap dengan cahayaMu. Pimpinlah aku kejalan yang benar, Ya Allah,” munajatku didalam hati.

Tanpa membuang masa yang sesungguhnya ibarat nyawa bagi setiap insan , aku terus menekan punat pada telefon bimbitku untuk mengirimkan satu sms terakhir yang akan dititipkan buat Aisya Yusra.

ASSALAMUALAIKUM.
Ana harap anti tak terkejut dengan semua in. mungki sms ini yang terakhir dari ana buat anti. Tanpa kita sedari, kita telah mendustakan ayat Allahdalam Surah Al-Baqarah ayat 44:

Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan kebajikan) sedang kamu melupakan diri (kewajipan)mu sendiri…

Sedar atau tidak, kita juga tergolong dalam diri2 orang munafik. Kita berdakwah kepada orang ramai agar beramar makruf dan nahi mungkar, tetapi diri kita juga melakukan kemungkaran yang sama. Cukuplah sampai setakat ini sahaja hubungan kita yang lebih menjurus kearah maksiat. Kalau ada jodoh, InsyaAllah , Allah akan menemukan kita semula. Jika tidak didunia, di syurga jua pasti menanti. Assalamualaikum..

Sungguh berat hatiku untuk menghantar sms itu kepada aisya yang pernah membuatkan jantungku berdebar-debar. Namun, kugagahkan jua diri ini untukmenekan butang SEND.
Akhirnya, terteralah diskrin telefon..

MESSAGE SENT.

Malam itu, tidurku diselangidengan air mata yang tidak henti-henti merembes. Tiba-tiba, firman Allah dalam Surah Al-BAqarah ayat 216 bertamu di ruang mindaku:

Diwajibkan keats kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
Aku membulatkan tekad untuk berjihad dijalan Allah. Jihad ini adalah jihad yang teramat mulia disisiNya. Sudah pastinya Dia mengurniakan seribu satu hikmah yang tidak dapat difikirkan olehku.

               ***********************
Kini usiaku sudah mencecah 25 tahun. Aku baru sahaja bergelar pensyarah disala sebuah universiti tempatan dalam negara ini juga. Di sebalik karierku, aku juga turut bergiat aktif dalam menyampaikan dakwah kepada seluruh warga universiti. Statusku pada ketika inimasih lagi solo. Aku tidak lagi mengharapkan mana-mana kedatangan cinta daripada seseorang yang bernama wanita.

...................................



HASIL NUKILAN: NUR HASINA BT. MOHAMAD RODZI

AKU DAN ABSTRAK HIDUPKU..

Pagi ini
Aku menatap langit nan biru
Awan berarak selembut belaian
Membentuk corak-corak
Yang sungguh abstrak
Seperti rona corak abstrak hidupku

Pagi ini
Aku menatap langit nan indah
Cantik dan tenang
Dilatari warna kebiruan
Namun sebenarnya
Ada taufan gelora disana
Seperti itulah abstrak hidupku

Pagi ini
Aku menatap langit nan luas
Damai dalam kesepian yang kucari
Mengharap biru tak akan hilang
Seperti itulah juga
Abstrak hidupku
Pagi ini
Aku menatap langit nan cerah
Ceria yang menghiasi masih dinikmati
Walaupun sebenarnya
Ada mendung disebalik sana
Sepertilah semua abstrak hidupku

......................................................


HASIL NUKILAN: NUR JIHAN BT. RAMLI

ANTARA 2 CINTA..

Ya Ilahi
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang
Rindu yang amat syahid di jalanMu
Rindukanlah aku pada seseorang yang
Yang sering menangis merindukanMu
Rindukanlah aku pada seseorang yang
Kau redhai…

Ya Rabbi
Jika aku rindu
Peliharalah rinduku
Agar aku tidak lalai merindui syurga FirdausMu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku merasai nikmat cinta kekasihMu
Janganlah nikmat itu lebih dari nikmat
Mengalunkan zikrullah terhadapMu

Ya Ilahi
Rindukanlah aku pada yang hanya halal padaku
Jangan kau Ya Ilahi
Biar aku rindu hingga lupa pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya padaMu

...............................



HASIL NUKILAN: NUR JIHAN BT. RAMLI
BeraNI, CuBalah..! 


Kedengaran di corong radio lagu ‘The Climb’ berkumandang. Arghh !!!bosannya di rumah. Aku selalu bersendirian di sini. Ibubapaku sering tiada di rumah. Mereka sibuk dalam mengejar kemewahan tanpa peduli dengan kewujudan aku.. sebab tulah, ilmu agama aku sikit sangat. Aku pun tak tau apa itu agama?tapi aku tak penah kesah pun biarlah.. aku dah cukup happy dan enjoy dengan hidup yang zero undang-undang nie. Aku hanyut dalam godaan syaitan yang begitu mengasyikkan..dari seorang gadis ayu aku menjadi seperti laki-laki.. pengkid.. kini, aku seperti itu. I hate be woman. Woman is weak.. very weak..bagiku dan rakan seangkatanku, every night is Friday night..kami lepak kat port biasa kami. Hidup begitu mmg enjoy abis. Dari aku mula-mula berjinak dengan rOkoK, aku kini dah bukan setakat berjinak-jinak shj tp lebih kpd berdamping dgn ekstrmnya dgn DADAH.. aku tak kisah melabur beribu ribu hinggit pada benda khayal tu. Aku ghairah dengan kehebatannya yang membuatku rasa ALIVE, walaupun orang sana-sini kata kami nie macam bangkai tak bernyawa. Aku enjoy dengan rutin New Life aku.. sedut,hisap,hirup,suntik,telan.. semua aku bedal.. sampailah satu hari.. aku rasa letih yang amat..letih dan bosan dengan hidup yang tak tau mana arah tuju.. tak tau mana penghujung. Maka, aku mula pikir, pikir dan berazam untuk hidup bertujuan, hidup lebih bermakna. Maka, aku mula ambil iniasetif untuk mula kenal hidup beragama..sampailah satu hari, akubertemu dengan Ustz. Naimah..

       Pertemuan kami pasti sudah diatur oleh Yang Maha Kuasa. Ustazah perasan aku mempunyai masalah. Dia menghampiri dan cuba mengenali diri ini dgn cukup berhikmah. Setelah berbual denganya lebih kurang beberapa jam, dia pelawa aku untuk mengikuti kelas bimbingannya. Bagai orang ngantok, disorong bantal, bagai orang pening, diberi panadol, alangkah gembiranya hatiku dan aku terima pelawaan itu dengan hati yang mekar berbunga. Aku menetapdi rumah ustazah beberapa hari. Alhamdulillah. Ustazah ajr aku macam-macam. Dari ambil wudhuk, pakai jilbab,solat, baca kitabullah sehinggalah ilmu agama yang lebih tinggi lagi. Hidupku kian bewarna. Aku mula terima fitrahku. Aku mula bangga dan bersyukur atas apa yang aku ada dan menghargainya selagi aku mampu.

    Setelah menyusahkan ustazah berminggu-minggu, aku mula terfikir untuk pulang menemuikedua ibu bapaku. Ustazah menghantar aku pulang. Apabila aku buka pintu, aku terlihat ibu menangis teresak- esak. Aku terpempan. Perasaan aku ketika itulain dan tak penah aku rasa. Aku rasa sayang, rindu dan bersalah sangat pada ibu. Aku menjerit panggil ibu. Ibu yang tersentak terus berlari-lari kearahku. Pelukan ibu yang erat membuatkan ku terkedu. Dalam pelukan, ibu mengutarakan perasaan bersalahnya yang sering meninggalkan aku dan aku turut memohon maaf padanya kerana meninggalkan rumah tanpa pesan. Waktu itu, ibu terkejut melihat perubahan aku. Ibu sekali lagi pohan maaf padaku kerana tidak menjadi ibu yang baik. Aku menerangkan pada ibu yang pintu taubat tak pernah tutup untuk ibubertaubat dan kembali menjalani kehidupan seperti wanita Islamiah yang sempurna. “kita belum terlambat,bu. Jom berubah. Syurga masih menanti kita…..  

........................................



HASIL NUKILAN: NUR HASINA BT. MOHAMAD RODZI

Amanat buat insan

Kita persis pengembara
Nun disana
Citra perjalanan masih jauh
Dipenuhi ranjau dan duri
Menyusur samudera gemilap
Hingga keangkasa ifiniti
Gapailah nur
Singkap tirai pemisah

Fana ini luas
Namun juga sempit
Bentangkan lipatan nurani
Biar madani sedar
Diri ingin menebar
Menyonsong angina perubahan
Dunia ingin dicabari

Masa merencana
Kita tetap disini
Terperangkap di sini
Meluah tanpa suara
Kita terhimpit
Antara fantasi dan realiti
Merana tiada berbalas

Usah biarkan
Di tengah lorong
Tercicir iman insani
Di gelap rimba
Mengagau semangat
Di lembah jurang
Tergelincir tembk ketabahan
Di curam bukit
Tergelangsar benteng kesabaran
Di lubuk jerat
Terperangkap kristal kekuatan
Di lecak tanah
Berselut lumpur kejahilan

Wahai insan!
Ini semua ujian
Pada kita sebagai hambaNya
Menguji setinggi mana
Darjat keimanan
Menguji seteguh mana
cangkerang ketakwaan
sebagai perisai
menemui Ilahi……

............................



HASIL NUKILAN: AMIRAH SURAYYA bt. KHAIROL AZAHAR

ISLAm.. iSLam..

Islam..islam..islam..
Seringkali aku terdengar perkataan itu
Meniti di bibir nenekku
Namun,
Aku tak mengerti perkataan itu
Sesiapa..
Tolong ajarkan padaku tentang ISLAm.
Aku terlalu ingin mengetahui
Apa itu ISLAm..

Sehingga,
Ada insan yang tiba-tiba hadir dalam lenaku
Insan yang sangat tua
Datang berkata padaku
Bahawa ISLAm itu sebuah agama yang indah
Sangat indah
Segala hukum-hukum yang termaktub dalamnyajuga adil

ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..
Siapa pula itu ALLAH..
Orang tua,
Tolong kenalkan ALLAH padaku  
Aku teringin sangat mengetahui siapa Dia
ALLAH itu tuhan kita
DIA MAHA BERKUASA
DIA MAHA PENCIPTA
MAHA MENGETAHUI APA YANG KITA LAKUKAN
TERANG-TERANGAN BAHKAN YANG TERSEMBUNYI..

Ingat ya cu,
Rezeki yang dinikmati sekarang ini milikNya
Sentiasalah belanjakan ke jalan Allah
Terima kasih, orang tua
Kerana perkenalkan padaku
Islam dan juga tuanku, ALLAH..

................................



HASIL NUKILAN: BALQIS (2 IKRAM)
PESANAN BUAT SEORANG ANAK..

Anak,
Kita tidak perlu pergi jauh
Untuk mencari ketenangan hidup
Kerana ketenangan itu senantiasa hampir
Dalam jiwa yang bersih
Dan sentiasa mengingati Allah

Anak,
Laluilah kehidupan ini dengan baik
Ingatlah hidup ini ibarat roda
Kekadang di atas
Dibawah
Di atas semula
Jadi laluilah dengan berhemah
Agar roda berputar dengan baik

Anak,
Hiasilah dirimu dengan akhlak yang mulia
Susun langkahmu dan tutur katamu dengan baik
Kerana setiap yang lahir dari dirimu
Mencerminkan keperibadianmu

Anak,
Setiap yang indah itu hanya sementara
Dan setiap yang sengsara itu bukanlah selamanaya
Maka jadikanlah yang baik itu kenangan
Dan yang sengsara itupengalaman
Untuk sentiasa mematangkan fikiranmu..

When did we become friend
I cannot really say
It started on a simply day
But it grew on a special place
“in my heart…”

...........................................



HASIL NUKILAN: SITI ZULAIKHA NORDIN
WARKAH BUAT ADAM

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu
Sesunguhnya aku adalah hawa
Teman yang kau pinta ketika kesunyian dulu..

Adam,
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku memerlukan bimbingan
Senantiasa terkeluar dari landasan iman
Karna aku buruan syaitan

Adam,
Maha Suci Allah yang takdirkan kaumku lebih ramai bilangannya
Di akhir zaman kelak
Itulah ketelitian Allah dalam ciptaanNya
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku
Maka merahlah dunia dilimpahi darah manusia
Kacau bilaulah suasana
Adam sama adam bertelagah
Bermusuhan karma hawa

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan bahawa kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita
Kau diberi amanah untuk mendidik aku
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku
Memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa berada dalam reda Tuhanku dan Tuhanmu

Tapi Adam,
Nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
Kami menderhakaimu
Kami menyimpang dari jalan yang ditetapkan
Asalnya Allah mengkhendaki aku tinggal tetap di rumah
Di jalan-jalan
Dibandar-bandar
Di pasar-pasar
Bukan tempatku
Jika terpaksa aku keluar
Harus ku tutup seluruh auratku
Namun realitinya aku tidak…
Adam,
 Marahkah kau jika kukatakan andainya hawa terpesong, maka adam yang patut tanggung..!
Mengapa?
Mengapa perlu engkau wahai adam..?
Adam…
Kau selalu berkata bahawa hawa terlalu degil
Hawa tak dengar kata
Hawa tak dengar nasihat
Tak dengar ini
Tak dengar itu..

Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu
Apakah didikanmu terhadapku serti didikan Nabi Muhammad terhadap Khadijah..
Terhadap Aisyah..
Terhadap isterinya yang lain…

Adam,
Kau imam, aku makmummu..
Kau ketua, aku pengikut-pengikutmu..
Jika kau benar,maka benarlah aku
Jika kau lalai, maka lalailah aku

Adam,
Kau punya kelebihan akal
Aku punya kelebihan nafsu
Akalmu sembilan
Maka pimpinlah daku yang punya nafsu sembilan
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah
Pendengarkan padaku kalimah syahdu dari Allah
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku
agar aku bisa menjadi mujahidah kekasih Ilahi.

Adam,
Mafkan aku sekali lagi
Seandainya warkah yang kupenakan ini menimbulkan kehangatan api amarah di sanubarimu
Jauh sekali niatku untuk buat kamu keliru dan apalagi buntu..

Tetapi wahai Adam,
Percayalah…
Bukan emas kucari
Bukan permata ku pinta
Hanya hati ikhlas dan semangat jihad yang meninggi..
..............................................................























 




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails