Sunday, June 27, 2010

.::NasKhah UntUk NadIa:::.




Sebuah panggilan jarak jauh antara bandar New York dan London. Perbezaan waktu sebanyak 8 jam, tidak membataskan perbualan dan hubungan.
“You sayang I lagi tak?” tanya Ari.
“Sorry. But things are not same like before” tegas Nadia.
“Tapi you cakap you nak tunggu I! I dah beli pun cincin untuk you,” Ari mengingatkan Nadia.
“Sape suruh you tanya soalan macam tu. Tapi bagus juga you tanya. Takkan I nak tipu you macam you tipu I” Nadia membalas tempelak Ari dengan tegas.
Nadia takkan menipu lagi.Sudah lama dia menunggu, agar perasaan sayang kepada Ari yang dahulu kala muncul kembali. Namun ia adalah penantian yang tiada penghujungnya. Segala perasaan lama yang cuba diingatkan kembali melalui memori lama nyata sia-sia. Makin lama, makin jauh hati Nadia. Namun, perasaan Nadia kepada rabbnya semakin dekat. Dia semakin benci akan perbuatannya yang lampau.
Hati Nadia gundah. Dilemanya, Ari yang pernah disayanginya dulu bagaikan mahu menjalinkan hubungan kembali. Dia mahukan Nadia kembali ke sisinya. Tapi Nadia jelas, dan tegas, dengan keputusan yang diambil. Nadia memutuskan hubungan itu kerana tahu dan faham. Hati Nadia sendiri tidak mahu. Nadia sudah belajar mengenai adab dan akhlak perhubungan. Nadia malu dengan maksiat yang dia telah lakukan.
“Patutkah aku menerimanya kembali? Kasihan Ari, benar-benar dia sayangkan aku nampaknya” tanya benak jahat.
Dulu, Ari sanggup terbang ke London semata ingin berjumpa Nadia dan melepaskan rindu. Setahun, antara London dan New York. Sanggup dia mengikat perut demi kasih dan rindu. Duit ketika belajar berapalah sangat. Tambahan pula New York dan London. Dua kota metropolitan yang mengerah tenaga penghuninya dengan kos sara hidup yang tinggi. Sanggup dia berhabis kerana Nadia walaupun susah. Nadia dan Ari berjanji. Cinta yang diangan kalau boleh dibawa hingga ke jinjang pelamin. Kononnya mahu sehidup semati. Namun apa yang dilafaz, bukanlah apa yang terjadi. Sudah beberapa kali Nadia terjumpa bahan bukti, Ari berlaku curang. Menipu Nadia. Namun kerana cinta, Nadia memaafkannya. Kerana Nadia tidak mahu hubungan yang telah lama terjalin, runtuh dalam masa yang singkat. Dia masih memberi masa dan peluang kepada Ari. Cinta membolehkan segalanya. Cinta jugalah yang menyebabkan mereka sanggup merentas benua, menghabiskan dollar dan pound, mengorbankan masa dan berusaha untuk menjaga hubungan agar ia kekal hingga ke anak cucu. Namun, keputusan Nadia menamatkan segalanya. Ia bukan keputusan yang diambil terlebih awal. Segalanya berlaku dengan spontan. Mengejut. Pantas. Nadia juga tidak sangka, dulu dia menyayangi Ari lebih dari diri sendiri. Sangkanya mereka akan mengakhiri hayat mereka bersama, namun kini apa yang dijangka dan dirancang, tidak akan berlaku. Nadia beristighfar. Nadia berasa bodoh benar akan perbuatan lampau. Merancang tanpa berserah kepada tuhan. Mengharapkan keredhaan dan keberkatan tatkala melakukan kesalahan. Nadia berasa bodoh benar akan perbuatan lampau.
“It is better to lose human’s love, than to lose Allah’s love”
Nadia mengingatkan dirinya akan secebis nasihat dari seorang sahabat. Sahabat yang sukar dicari. Sahabat yang lebih bernilai dari dunia dan isinya. Seorang sahabat yang mengajaknya ke jannah Allah. Sahabat yang tak mahu tubuh Nadia yang mungil itu dibakar api neraka. Sahabat yang takkan membiarkan Nadia lemah dan mengalah kepada arus hedonism dan materialism. Seorang manusia, tanpa pertalian darah, namun menyayangi Nadia seperti adik kandung sendiri. Sahabat yang menadah tangan dan air mata dengan tuhan semesta alam, meminta agar Nadia diampunkan dan diberi kekuatan. Sahabat yang sayangkan Nadia, berjumpa dan berpisah kerana Allah. Kasih antara manusia yang sukar dimengerti. Hanya hati-hati yang ditautkan Allah dengan ukhwah saja dapat merasai kemanisan hubungan itu. Air mata Nadia tumpah mengenangkan seorang sahabat yang bernama Sumayyah. Nama itu mengikut sirah, milik wanita pertama syahid di jalan Allah kerana sayangnya dia akan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah, diugut dan dipaksa, namun jiwa dan tubuhnya takkan berserah kepada kekafiran sekali-kali. Rela nyawanya diambil dihadapan anak dan suami.
Sumayyah, sahabat Nadia, juga punya kekuatan jiwa seperti wanita pertama yang syahid itu. Kental, tegas, nekad namun lembut. Tutur katanya penuh hikmah. Bibirnya sentiasa basah dengan zikrullah. Bicaranya dihiasi dengan petikan daripada kalam Allah dan hadis Rasulullah. Kasih Sumayyah pada Nadia juga kerana Allah. Sumayyah tidak pernah lokek dalam persahabatan. Segala milik Sumayyah, milik Nadia juga. Jiwa mereka ditautkan dengan mahabbah kepada Allah.
Perlahan jari runcing Nadia mendail nombor telefon rumahnya di Kajang Utama dengan harapan Mama sedang ada di rumah.
“Assalamualaikum Ma”
“Wa’alaikummussalam warahmatullah. Sayang Mama OK?”
“Mama sorry. Nadia tak tahu sama ada ini berita baik atau buruk untuk Mama”
“Kenapa ni sayang? Sayang Mama OK tak?”
“Nadia OK. Cuma nak bagitahu, relationship of me and Ari is over. Dia tanya Nadia tadi. Nadia tak dapat nak tipu dia. Nadia ingatkan Nadia masih sayangkan Ari, tapi dah lama Nadia tunggu supaya perasaan tu datang semula tapi tak boleh!” ada sendu di hujung talian.
Dengan sabar dan kasih sayang seorang ibu, Datin Rosmah cuba menenangkan anak tunggalnya, “Sabar Nadia. Allah akan menggantikan dengan rijal yang lebih baik dari dia. Dari dulu lagi Mama rasa tak sedap hati dengan dia, tapi Mama tahu, Nadia takkan rasa apa yang Mama rasa walaupun Mama bagitahu. Dulu Nadia degil dengan Mama, tapi sekarang alhamdulillah”.
“Ma sorry… Maafkan Nadia. Ingatkan dulu Mama suka. Ari tu kan best student di universiti. Nadia yakin dia akan bahagiakan Nadia”.
“Mama tahu. Hati Mama tak sedap bila Nadia kenalkan dia dulu. Dah. Dah lepas pun. Sekarang Nadia sendiri ambil keputusan, Nadia dah pandai pikul tanggungjawab. Nadia dah tahu, so now you know that you cannot turn back. Are you sure of your decission?”
“Insha Allah yes Ma. My heart knows what it wants. I feel so relieved after he knows. It’s like I feel I made the right decision for the first time in my life. Thank you Ma. No wonder our prophet says ‘you mother’ three times. You are a my angel Ma. Huu… Feel like hugging you Mama. I wish I can be a good mom like my Ma”, setitis lagi air jernih mengalir di pipi mulus Nadia.
“Ma sayang Nadia. Mak tak mahu Nadia menyesal. Hidup sekali je. Kahwin pun kalau boleh sekali je. Kekal ke syurga. Once and forever. Nadia cantik, tapi akhlak dan imanlah yang jaga Nadia. Kalau Nadia baik, insha Allah dapat yang baik. Nadia kenal kan kawan-kawan Ma yang rumahtangganya porak peranda. Sedih juga Ma, tapi itulah. Mama kena perlahan-lahanlah bantu. Kekuatan rohani itu yang paling penting. Insha Allah wanita yang orang nampak lemah, tapi kekuatan dalamannya siapa pun tak dapat influence melainkan Allah” panjang nasihat Datin Rosmah beri namun segalanya terakam di kotak ingatan Nadia.
“Semoga Allah mudahkan segala urusanku”, bisik hati kecil Nadia selepas membuat penggilan ke Malaysia.
Rutin Nadia yang gemar menambah general knowledge melalui pembacaan akhbar di internet terhenti seketika. Seorang sahabat yang kenal Nadia semenjak dari sekolah lagi menegurnya melalui tetingkap Yahoo Messenger.
darkwizard: salam.
n4d14: w’salam warahmatullah.
darkwizard: sihat? I denga u dh clash dgn ari. betul ke? i nak denga dr mulut u snd.
n4d14: hhm :|betul. mana u dapat cerita ni. i takbagitahu sape2 pun melainkan mama i. :(
darkwizard: la. kenapa?
n4d14: hmm, u tau kan i decided to change to be a better person kan?
n4d14: dia yg tnya i, i sygkn die lg x. so i jwb la dgn jujur. takkan nk tpu die. u nk i cerita full nnt i call u laa bile i free nnt ok x?
darkwizard: ok2. pelik juga tiba2 dia baik dgn i. sblm ni dia tak pernah pun nk beramah mesra dgn i. dia ckp dia belikan hadiah utk i. tak pernah2 plak mamat tu baik mcm tu. bila u clash ngan die?
n4d14: about a month ago la jgk. y?
darkwizrd: laa…ptt laa die rajin ym i baru2 nie. hey. sampai hati u x bgtau i psl ni. i kan best friend u. u dh lpe i ke?
n4d14: bkn ape. i cme nk kurangkn bckp dgn bkn muhrim. lgpun, bkn news yg pntg sgt pun. jgn la majok k?
darkwizard: ala…majok gak. heheh. x la… u laa… ok ke? nanges tak ni?
n4d14: i’m tired to waste my tears for useless guy. dah la. xde pape. i ade allah. to him i return. im ok ;)
darkwizard: hmm, die syg u tuh. beriya die bgtau i de rase lost blah3. he managed to make himself looks innocent tau.
n4d14: ya allah. ape die bgtau u?
darkwizard: byk la. sng crite, he make himself looks innocent la.
n4d14: pernah x i bgtau u keburukan dia? pernah x i bukak aib dia dgn u?
darkwizard: ape u nieh. sorok byk sgt dgn i.
n4d14: xde. dlu i sanggup tutup dua mata ble die main2 ngan pomp lain. hati i sedih tp i maafkan die. i forgive and forget. bkn sekali dua die buat i skt hati. tp sbb i bodoh dek cinta, syg sgt kt dia kononnya. :(
darkwizard: ya allah. ye ke. smp ati die buat u mcm tu. asal u x ckp kt i?
n4d14: x gune pn nk ckp kt u. i nk berlatih jd isteri solehah masa tu. nk jaga rahsia antara kami. heh. isteri solehah. kononnya la. tp wat maksiat gak.
darkwizard: smp ati u x bgtau i. kesian u tanggung sorg2.
n4d14: ala, u kan student engineering yg sgt2 busy. malas nk nyushkn u.
darkwizard: ok fine. but just remember, im ur bestfren k?
n4d14: ok… i won’t..insha allah.
darkwizard: k la. i x lame ni. kat CC. kang mlm ade kelas.
n4d14: haa~~ see? die yg busy.
darkwizard: hahah. k lah. yelaa… doakan i tau.
n4d14: insha allah. salam.
darkwizard: w’slm.
Abrar, ceria dan bersahaja, keluar dari laman maya meninggalkan Nadia. Rapat sejak dari sekolah.Teman bercerita dan kaunseling. Teman gebang pasal bola juga. Nadia minat bola pun sebab Abrar gemar bercerita perihal sukan bola sepak.
“Kalau I pun dapat study kat UK, mesti dah jejak macam-macam stadium tengok game”, desis hati suatu ketika dulu.
“Takpe, this is much valuable than anything in the world” pujuk hatinya.
Nadia mengambil sepucuk surat kiriman Sumayyah. Mudahan tenteram hatinya.
Assalamualaikum Nadia,
Semoga berada dalam rahmat iman dan islam. Alhamdulillah I never give up on you. I know you have something special inside you. Allah has given me a precious friend and I can never replace her with someone else. And, alhamdulillah you finally change for better, and you want to do it on your own.
This Al Quran and its translation is specially for you. Your favourite colour. Inside contains Allah’s love letters and reminders, because he loves us. May Allah give you guidance, strength and patience, to stay in the right path and remain modest. May you become a good mother and wife ;)Insha Allah.
I would like to dedicate one ayah from the Quran, to you. It is in surah Al-Hajj, chapter 22, verse 78. You are the chosen one. You are special. He had given you something that not many can get. Remember, although we are separated by country or anything, but my heart is praying for you. I love you, for Allah. May Allah keep us steadfast and remain friends forever in this true religion. Ameen.
Love you loads,
Sumayyah Smith.
Naskhah Al-Quran itu dibaca berulang kali walaupun Nadia khatam membacanya beberapa kali. Itulah mukjizat Al-Quran, surat cinta dari Allah yang takkan jemu dibaca hingga habis hayat dunia. Nadia kini nekad dengan keputusannya. Bukan cinta manusia yang dicari, namun keredhaan dan keampunan Allah yang Nadia mahukan. Andai Ari dijodohkan untuknya, dia menerima ketentuan Allah. Nadia turut berdoa, agar hati Ari menerima cahaya hidayah, diselitkan dengan harapan, agar Ari faham bahawa keputusan Nadia adalah kerana Nadia tidak mahu tubuh mereka menjadi santapan neraka yang menyala.
Sabda Rasulullah S.A.W, “Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang maka dia dapat merasai kemanisan iman, yakni mencintai Allah dan Rasullullah melebihi yang lain; mencintai seseorang hanya kerana Allah dan benci kepada kekafiran sebagaimana dia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka”. (Bukhari dan Muslim)
______________________________________________
Tahniah kepada saudara Anuar Hasin (senior saya di SEMEKASRI dulu) dan juga negeri Perak. Saudara Anuar Hasin mendapat tempat pertama untuk Akademi Al-Quran (AQ) musim kedua. Tahniah. Mudahan Allah thabatkan semangat anda untuk memartabatkan Al-Quran. Juga negeri Perak telah memenangi anugerah keseluruhan, sempena majlis tilawah peringkat kebangsaan di MITC Melaka semalam. Jika lagu pop dan beraneka macam mendapat tempat di hati manusia, mukjizat Allah kepada nabi Muhammad juga mendapat tempat di hati orang yang sedar akan keindahannya. Takkan jemu kita baca surah Fatihah setiap hari tujuh belas kali. Walau ada di kalangan kita yang lupakan Al-Quran, namun tatkala mereka takut dengan hantu momok dan sebagainya, kepada Al-Quran jua mereka akan kembali. Mudahan kita semua beramal dengannya. Insha Allah.
Oh, read this as well, from Malaysia Today.
PS: Don’t forget to post a comment, for my first attempt for Malay short story. Thank you very much!

Sunday, June 20, 2010

.Indahnya Mujahadah




Terarah pandanganku pada si diari biru itu. Biru laut,coraknya berbentuk lingkaran hati berwarna putih. Satu cara yang menenangkan hatiku saat gundah gulana dulu. Yang menyimpan seribu cerita hati,cerita cinta yang pastinya kini malu untukku membukanya kembali.

Penuh, coretan perasaanku setiap hari yang ku titipkan di dalamnya. Tidak lepas dari aduan dan keluhan pada si empunya diri yang tidak bernyawa. Aduan rindu pada si dia juga menjadi salah satu agenda wajib bagi tintaku. Ah! Malu sungguh bila ku kenangkan. Cinta si nafsu. Cinta berlandaskan nafsu semata-mata, banyak melanggar syariat dan batasan agama. Telefon,mesej tanpa henti,bergurau senda. Segalanya menjadi satu saat itu. Menjadi satu titik noda yang amat terkesan dalam perjalanan hidupku.

Dosa semalam itu ku kenang lagi…

Malu kurasakan. Aku kembali menyelak helaian kertas yang mulai kekuningan itu. Dengan tulisan menggunakan warna pen yang pelbagai, hari demi hari. Tanpa sepicing memori pun yang ketinggalan. Semuanya termaktub di dalamnya. Terkadang aku ketawa sendirian,menyedari kebodohan diri saat itu. Tanpa ada pimpinan dari sesiapa,jauh sekali dari sahabat sepengajianku saat itu.

Masing-masing rasanya tidak menegahku, mungkin mereka juga tidak punya kesedaran sepertiku saat ini. Alhamdulillah,segalanya milik Allah. Allah menyayangiku amat, maka Dia memberikan yang terbaik buatku.
Seperkara yang tiba-tiba menjengah diingatan…

Seorang sahabat mengadu padaku. Masalah roommate nya, Zulaikha. Roommate nya yang dahulu seorang yang cukup menjaga hati dari cinta duniawi tiba-tiba mengalah dengan lamaran seorang lelaki. Kononnya si muslimin itu mengambil teori untuk ‘mengecop’ si muslimat. Itu masih boleh dikompromi. Maksudnya, ada tujuan untuk mendirikan rumahtanngga, bukan sebagai mainan cinta sahaja

Tetapi yang buat sahabatku terkilan, lain yang diharap lain pula yang jadi. Makin rancak mereka memadu cinta. Tiap saat telefon bimbit di tangan, teddy bear dan coklat pula bahan penambah resepi cinta. Aduh.. Aku pula yang pening.
Satu alasan lagi. konon si muslimin tadi ingin menjaganya daripada fitnah dunia,mahu menjaga...

Ah! Siapa dia untuk menjaga? Tunang? Suami?

“Kau cemburu?” hatiku berbisik deras.

Lantas laju derap akalku menyusun bait jawapan.

“Tidak sama sekali!!” aku menjerit tanpa suara.

Benar. Langsung tiada bagiku perasaan itu.

“Jadi,kau tiada mulut? Tiada mulut untuk bertanya dan menasihati mereka?”. Hatiku masih tidak jemu,menyulitkan lagi benakku.

“Aku tiada kekuatan. Hubungan mereka nampaknya sudah jauh.”

Aku semacam kalah.

“Kau terlalu banyak alasan!”. Hatiku melibas lagi.

Aku buntu saat itu. Tiada jawapan kutemui..

“Kau dulu juga seperti mereka bukan?,” hatiku masih tegar berbicara,lantas..

“Argh! Senyap saja kau!”

Hatiku terus bungkam… sepi…

**** 

September 2007

Saat ini aku keliru. Dia datang lagi dalam hidupku. Apakah sebenarnya tanda ini? Adakah ini ujian buatku?
Semalam aku menerima mesej darinya, dia sekadar bertanya khabar. Dan aku semacam bingung, terkejut mungkin. Sudah sekian lama kami berputus hubungan. Hampir 9 bulan. Suatu jangka masa yang agak lama. Memang dalam pada itu,jauh di sudut hatiku menanti khabar darinya. Aku mengikuti perkembangannya dari jauh.

Dan yang pasti,aku tidak mahu kenangan kelmarin datang lagi. Aku sudah lelah menghadapinya dulu. Cukuplah..
Aku tidak mahu lagi,bercakap hal yang tiada manfaat dengannya, bermesej yang bukan-bukan. Jauh sekali untukku membenarkan perasaan rindu itu hadir kembali dalam jiwaku. Tidak mungkin.

Aku sedar semua ini mengundang noda. Bagaimana aku harus melanggarnya buat kali kedua? Aku tidak mahu lagi.
Tuhan, jujur janganlah Kau membuka peluang lagi untukku dan dia membina kembali kenangan silam yang ternyata menjadi noda hitam. Ampunkanlah aku Tuhan.

HambaMU,
Nourul ‘Izzah

Si diari biru aku tutup.

Aku menggerak-gerakkan tengkukku yang agak lenguh. Berhenti seketika menghirup udara. Ruang bilik yang kecil itu agak menyesakkan. Alhamdulillah, kuota bilik ini yang boleh memuatkan 4 orang hanya diisi oleh 3 orang termasuk diriku. Maksudnya ada 1 katil,1 meja dan 1 loker yang kosong.

Aku membuang pandang ke tingkap yang sengaja ku buka luas. Biar molekul angin memenuhi ruang udara bilik kecil ini. Tampak gelap di luar. Pemandangan di luar juga kosong.memandangkan bilikku terletak di tingkat paling bawah. Aku hanya berpeluang melihat penghadang yang diperbuat daripada zink di depanku. Di sebalik zink merah itu, terdampar padang luas yang selalunya digunakan oleh muslimin untuk beriadah. Sebab itulah wujudnya penghadang ini, memastikan supaya aurat muslimat terjaga.

Aku berniat untuk menyudahkan beberapa assignment yang masih terbengkalai. Tarikh hantar semakin dekat. Itulah tanggungjawabku. Sebagai seorang mahasiswa, aku perlu menjanjikan yang terbaik untuk pengajianku. Juga, tanggungjawabku sebagai seorang khalifah. Aku perlu mewaqafkan diriku untuk perjuangan Islam. Terima kasih ya Allah atas tugas yang telah kau galaskan kepadaku. Sekurang-kurangnya aku tidak leka.

**** 

“Assalamualaikum..” Suara yang sudah lama tidak ku dengar. Aku terus meneliti desir suara itu sekali lagi.

Lalu aku menyepi. Terkejut.

“Assalamualaikum.. Ada orang di sana?”

“Waalaikumsalam. Ya,ada.. ada.. Siapa tu?” Aku cuba bertanya,mana tahu hanya mainan perasaanku.

“Ni Saiful,Saifullah. Masih ingat lagi? Masakan anti lupa,”

Memang benar dia. Ternyata itu bukan hanya mainan perasaanku.

Aku sepi lagi. dia kembali menyambung..

“Anti apa khabar? Dah lama ya tak dengar cerita,”.

Diam..

“Helo.. ada orang ke? Helo..” bingit telingaku terdengar suaranya.. kemudian..

“Nourul Izzah.. Nourul Izzah… bangun..”

“Nourul Izzah.. Nur, bangunlah.. dah subuh ni..”

Aku terjaga.. Terdengar namaku dipanggil orang. Mataku terkedip-kedip,melawan sinaran cahaya lampu yang baru terpasang. Nampak kelibat seseorang.. Ah, Syuhada’ rupanya..

“Bangun Nur.. Dah subuh dah ni,”

Aku masih mamai. Mataku terarah pada jam di dinding.

“Oh,dah pukul 5.50 pagi ya..dah azan?”




“Sudah.. bangun cepat.. boleh berjemaah di Musolla Khadijah,”

“Ya,Nur bangun ni syu,”

Aku masih duduk di birai katil. Terfikir sesuatu.

Mimpiku tadi.

Dia lagi..

Mungkin disebabkan terlalu memikirkan tentang si diari biru. Lantas insan yang kurasakan tidak perlu dikenang lagi 
itu masuk ke dalam mimpiku,tanpa diundang.

Lupakan saja!

“Nur, bila nak pergi ambil wudhu’ ni?”

Aku terus bergerak, mencapai tuala dan baldi. Kemudian menapak laju menuju ke bilik air.

Assalamualaikum warahmatullah.. Ku toleh ke kanan..

Lantas ke kiri, Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah.. Masih ada hari yang diciptakan untukku,masih aku diberi peluang untuk menyembah Rabbku. Moga 
hari ini lebih baik dari semalam.

Tidak ramai jemaah subuh hari ini. Mungkin ramai yang sudah pulang. Tambahan lagi dengan kakak-kakak yang baru saja menghabiskan 3 tahun pengajiannya di sini. Agaknya sebab itulah musolla yang selalunya penuh kini lengang, kiraku.

Sahabat yang bersolat tadi di kiriku menghulurkan naskhah Al-Ma’thurat. Aku mencapainya dan menguucapkan terima kasih. Selepas membaca Al-Ma’thurat,ada halaqah tazkirah. Alhamdulillah, jiwa meronta ini minta diisi.
Halaqah tazkirah dibentuk. Ada kira-kira 15 orang yang bersama-sama menunggu untuk mendengar tazkirah subuh itu. Kemudian Khaira sahabatku mengambil tempat selaku pengerusi halaqah.

“Assalamualaikum,kita buka majlis kita dengan ummul kitab Al-Fatihah,”

Ahli halaqah semua nampak terkumat-kamit membaca ummul surah itu. Amalan itu sudah menjadi suatu kelaziman.

“Alhamdulillah,mari kita rafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan izinnya dapat lagi kita merasai 2 nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan islam yang kita semua sedia maklum, 2 nikmat ini tidak dapat kita beli di mana-mana. Alhamdulillah juga kerana kita diberikan upaya oleh Allah untuk sama-sama turun solat berjemaah yang pahalanya adalah 27 kali ganda daripada sesiapa yang bersolat fardiyyah.”

Ya, pahala yang lebih 27 kali ganda. Bukan mudah nak mengajar diri supaya istiqamah untuk solat berjemaah. 

Dikawal pula dengan nafsu dan syaitan yang sentiasa memusuhi.

“Ana buka kepada sahabat-sahabat yang ingin memulakan halaqah tazkirah kita pagi ini. Tafaddholii..”
Semua saling berpandangan antara satu sama lain, aku juga begitu. Mencari gerangan penyampai tazkirah. Siapa ya?

Mataku tertancap pada seseorang. Kak Aqilah,sahabat seperjuanganku kini. Tua lebih setahun daripadaku namun dia masih menuntut di semester 2. Aku suka mendengar Kak Aqilah berbicara,kalimatnya laju meluncur memasuki kalbuku. Gaya dan intonasi percakapannya yang tersendiri bisa menarik hati pendengar. Kurniaan Allah, itu kelebihannya. Sesuai menjadi penceramah seperti Ustazah Siti Norbahyah yang tidak asing lagi di tanah air ini.
Kak Aqilah memulakan muqaddimah, kemudian menyambung kalimat dengan hadaf tazkirahnya.

“Cuba kita lihat, wanita hari ini.. Alangkah sedikitnya yang menutup aurat dengan sempurna,”

“Sedih kalau kita perhati dan hayati persekitaran kini. Dan antunna cuba fikirkan. Kita mahu salahkan siapa? Siapa yang bersalah dalam situasi ini? Ibubapa? Guru? Pengaruh rakan?,”

“Sudah, kita tidak perlu menuding jari pada sesiapa. Sekali jari telunjuk kita menuding orang lain,dan pada masa yang sama 4 jari lagi akan menuding kepada kita. Kita nak harapkan siapa lagi? Kita sebagai orang yang diberi peluang untuk faqih dalam ilmu agama inilah yang sebenarnya bertanggungjawab mengeluarkan masyarakat daripada kepompong jahiliyah,”

“Masakan kalian lupa hadith Rasulullah yang berbunyi,’Siapa yang mengucapkan kalimah lailahaillallah muhammadarrasulullah, maka dia adalah seorang Dai’e.’ Nah! Ternyata semua ini adalah amanah kita,”

Tajuk berkaitan dengan dakwah. Menarik, bisikku dalam hati.

“Banyak lagi dalil yang membawa kita menyelusuri tentang kewajipan berdakwah. Antaranya dalam Surah Ali-’Imran ayat 104,

“Dan hendaklah ada di antara kamu, satu golongan yang mengajak (manusia) kepada
kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf,melarang dari kejahatan dan merekalah orang-orang yang beuntung”
Kak Aqilah diam sebentar, menyusun ayat.

“Sahabat-sahabat, tugas dakwah adalah tugas kita. Namun jalan dakwah ini banyak likunya. Kita tidak boleh bergerak berseorangan. Sunnatullah, kita akan diuji dengan pelbagai tribulasi. Jadi,dengan bersama sahabat-sahabat kita akan menjadi kuat. Kita lihat perumpamaan sebatang lidi. Sebatang lidi tidak kukuh, mudah untuk dipatahkan. Namun jika kita cuba patahkan seikat lidi, pasti usaha kita akan menemui kegagalan,”

“Marilah akhawat kita berganding bahu menyahut seruan dakwah, jalan yang pernah dilalui leh Rasulullah dan para sahabat. Tetapi, sebelum kita menyelusuri lapangan dakwah, kita harus memperlengkapkan diri kita dengan tsaqofah buat bekalan. Agar nanti kita tidak cepat melatah apabila datangnya mehnah,”
Kalimat-kalimat kak Aqilah seperti biasa terus meresap dalam jiwaku. InsyaAllah, akan ku teruskan perjuangan dakwah Rasulullah.

Kemudian kak Aqilah mengakhiri tazkirahnya dengan menuturkan bait syair arab dengan begitu fasih. Indah sungguh maknanya, kata penguat bagi insan yang bergelar dai’e.

Sesungguhnya anda sudah dicalonkan unuk tugas itu...
Jika anda telah mengerti hal itu...
Maka anda perlu mempersiapkan diri...
Agar jangan sampai terjadi…
Anda dikenang orang di samping kegagalan..

Pandai kak Aqilah mengatur skill tazkirahnya. Dengan lambakan dalil-dalil dan ditambah pula dengan syair. Memang kuakui kak Aqilah seorang yang banyak membaca dan suka mengkaji. Masanya dihabiskan untuk itu dan tidak pernah rasanya dia terlihat kak Aqilah membuat perkara yang tidak bermanfaat.

Nourul Izzah kemudiannya menyemat impian dalam hati,moga-moga nanti dia juga jadi seperti itu.. Ameen..

**** 

Tirai yang menutupi tingkap bercermin hitam itu diselak. Sinaran cahaya pagi menembusi setiap inci biliknya. Kemudian dibukanya tingkap pula.

Nyamannya udara pagi.. Syukurlah, nikmat Allah tak terhitung rasanya.

Dia mencapai novel islamik berkulit biru cyan yang tersusun kemas di atas meja tulisnya. Buku pinjam. Menarik ilustrasinya, juga menarik minat pembaca. Apatah lagi penggemar novel sepertinya.

Salju Sakinah.. karya oleh Zaid Akhtar.

Novel itu baru saja dipinjamnya semalam daripada seorang sahabat, Sumayyah. Kebetulan namanya seakan nama watak utama dalam novel itu. Juga Sumayyah.

Dia menyelak muka surat 164, sambungan daripada pembacaan semalam. Tertarik pula dia pada suatu kalimat, kalimat harapan.

Ditelitinya, lalu dia berbisik,

Dia seorang Sumayyah,aku pula seorang apa?

Entah. Tiada jawapan.

“Nur,” Syuhada’ memanggilku. Aku mengangkat wajahku memandang wajahnya.

“Kenapa?,”

Syuhada’ terdiam sebentar, seakan berfikir sesuatu. Aku pula tidak sabar menanti bait katanya.

“Kenapa Syu? Ada yang tak kena ke?” Beginilah aku,selalu saja tidak sabar.

**** 

Tut,tut..

Message tone telefon bimbitku kedengaran. Mataku terarah pada skrin telefon.

1 message received

From : Syuhada’

“Hati ini selalu setia, cuma fikiran terkadang alpa. Merindui sesuatu yang belum pasti, sedangkan Allah cinta sejati. Kasih insan membawa bahagia, kasih Allah membawa ke syurga, semoga diri jauh dari khilaf dan noda kerana aku hanya mahu keredhaan dari Tuhan yang Esa.”

Aku membiarkan mesej itu tanpa balasan. Kasihan Syu, masalah hati memang sukar dicegah.

Mesyuarat yang bermula sejak 8 pagi itu akan tamat dalam masa 5 minit lagi andaiku.

“Antum semua ada hal-hal lain? Kita round table aja,”

Semua menggeleng kepala.

“Ana nak cuma nak pesan satu perkara. Walau sesibuk manapun kita ingatlah. Kita milik Allah. Tolonglah sahabat-sahabat, hubungan dengan Allah jangan diabaikan. Kita sebagai pimpinan perlu lebih daripada orang lain dari semua aspek. Ingat, Allah penolong kita. Kalaulah kita buat kerja banyak macam mana sekali pun tapi tak ada pertolongan daripada Allah, jangan harap perjuangan kita akan berjaya. Seperkara lagi, bersihkan diri daripada masalah hati.”

Subhanallah, kami semua mengangguk. Ya, hubungan dengan Allah mesti dijaga. Ingat ya diriku, jangan sampai terleka. Masalah hati? Ah, perkara fitrah. Bagiku, masalah itu terlalu sukar untuk digambarkan. Cuma bagi insan yang meletakkan harapan dan tawakal pada Allah, Allah akan tunjukan kepadanya jalan yang benar. Allah akan pimpin hatinya,

“ Ada siapa nak tambah lagi?”

Tiada.

Mesyuarat ditamatkan dan kami semua mula beredar. Semuanya ada urusan masing-masing.

Aku pula, ada misi yang perlu kuselesaikan.

Lantas aku bangun, mengatur langkah laju. Mindaku ligat berputar mencari penyelesaian. Sesampainya aku di bilik 
Syu nampaknya sudah menunggu kepulanganku.

“Dah makan?”. Seperti lazimnya, itulah soalan pertama yang akan meluncur keluar dari mulutnya.

“Not yet! Syu?”

“Sama..”

Aku memerhati raut wajahnya. Kasihan, pasti dia sedang bertarung dengan hatinya. Ya Allah, kuatkan kami dalam 
bermujahadah.

“Macam mana Nur?”

“Macam mana apa?”. Aku sengaja. Mahu memanjangkan perbualan.

“Nur ni.. ni yang malas ni. Orang serius dia main-main pula.”

Syuhada’ merungut manja dan aku hanya tersenyum.

“Laa.. Masa bila pula Syu Nampak Nur main ni, Nur pun serius tau. Pasal apa yang Syu tanya tadi?”

“Yang Syu cerita pada Nur tu. Takkan tak ingat, kecil-kecil dah pelupa ya. Mentang-mentang la sibuk 24 jam, kalah 
Perdana Menteri.”

Aku mencubit lengannya, serentak kami berdua ketawa. Kadang kala rindu saat-saat bahagia itu, masa lapang yang kami sering kongsi bersama. Namun dek amanah perjuangan ini, aku perlu pandai meletakkan keutamaan. Seperti tips yang diberikan oleh Stephen R Covey dalam bukunya The 7 Habits of Highly Effective People, dia meletakkan tips ‘put first thing first’ antara perkara yang penting untuk menjadi seorang yang hebat. Ya, pejuang juga perlu begitu. 

Malah, mereka mesti menjadi lebih luar biasa daripada insan lain daripada semua aspek.

“Oh, pasal tu.”

Aku menuju ke loker, mengambil pek milo dan Nestum 3 dalam 1 kegemaranku. Perut berkeroncong rasanya.

“Nur..”. Syu memanggilku.

“Ya?”

Diam. Sunyi.

Tanganku ligat membancuh air. Dan, kemudian aku terkesan sesuatu. Kudengar ada esak tangis di disitu. Aku 
mengeluh halus dalam hati. Kasihan.

“Selama ni Syu jaga hati. Syu takut kalau hati Syu kotor dengan cinta nafsu. Walau beribu yang datang Syu masih berjaya jaga hati. Tapi sejak dia luahkan perasaan dia, Syu rasa tak kuat. Syu rasa seronok kalau dia ada selalu dengan Syu. Boleh minta nasihat, rujuk bila ada masalah. Dia boleh bimbing Syu.”

“Dia orang hebat, pimpinan yang ada karisma. Pandai berkata-kata, banyak ilmu. Syu perlukan dia. Tolonglah Nur, Syu buntu..”

“Subhanallah sayang. Istighfar banyak-banyak.”

“Syu tak kuat.”

“Nur faham.”

“Nur hebat. Nur pun dulu macam Syu, tapi Nur boleh lawan. Saifullah tu lagilah orang hebat, budak tahfiz lagi. Syu dah kalah,Syu malu dengan Nur.”

“Syu, dengar apa yang Nur nak cakap.”

Syuhada’ mengangguk lemah.

“Sejauh mana hebatnya seseorang lelaki, tapi bila dia dah kalah dengan cinta nafsu maka tiada lagi hebatnya. Lelaki yang hebat, meletakkan harapannya pada Allah. Meletakkan cintanya pada Allah. Kerana dia tahu, jika dia meletakkan segalanya kepada Allah, Allah akan memberikanya bidadari yang juga cintakan Allah..”

Esakannya semakin kuat, jiwaku juga merintih hiba.

“Lelaki yang hebat meletakkan masa depannya kepada Allah kerana dia tidak punya kuasa untuk menentukan masa depannya, siapa sayap perjuangannya. Dia hanya mampu menjaga hatinya, menjaga cintanya. Dengan harapan, jika dia jatuh cinta di hari yang pasti, dia boleh memberikan cinta yang tulus itu buat bidadarinya yang selalu dia damba.”

“Jadi, Syu tak perlu risau. Allah dah meletakkan sesuatu itu di tempatnya. Yang baik untuk yang baik. Jika dia dan Syu sama-sama menjaga hati, meletakkan cinta yang utama untuk Allah, meletakkan masa depan atas kekuasaan Allah dengan tawakal, insyaAllah Syu akan merasai indahnya cinta dia di saat-saat yang pasti.”

“Buat masa sekarang, tak ada gunanya menyemai cinta kerana kita tidak pasti adakah dimasa hadapan kita akan bersama. Masa depan bukan milik kita sayang. Sekarang masih awal lagi, tanggungjawab lain lebih utama dan sentiasa menuntut keutamaan dari kita. Mad’u kita sedang menunggu dengan penuh harapan. Adakah Syu mahu berdakwah dengan sia-sia? Berdakwah dengan hati yang penuh maksiat, penuh sarat rindu kepada yang bukan mahram. Perkara itu akan menghijab hati-hati mad’u dari dakwah kita.”

“Masakan tak ada sms, call, perasaan rindu, hadiah hari lahir ketika bercinta. Nur takut dalam Syu menyemai cinta Syu dan dia kerana Allah Syu terlanjur. Terlanjur menyintainya hingga lupa batas-batas yang ditetapkan Allah.”

“Daripada kita melanggar kanun Alah, baik kita bermujahadah. Kerana Allah sudah janjikan kepada sesiapa yang bermujahadah dengan pahala yang sangat besar. Mujahadah melawan hawa nasu. Melawan cinta insan yang belum pasti. Syu, sebenarnya semua itu indah. Indah itu bukan dicari, tapi ia hadir bila kita meletakkan Allah sebagai prioriti. Di mata orang pahit, di hati kita manis.”

“Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 7 yang bermaksud ;

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.”.

“Nyata, Allah mengasihani kita sebab Allah tahu jalan yang kita lalui ini berat. Mujahadah itu sukar. Betul kan Syu?”

“Ya, Syu faham. Terima kasih Nur.. Syu banyak susahkan Nur.”

“Dah tanggungjawab Nur. Syu kan sahabat baik Nur, sahabat dunia akhirat.”

‘Nur pun sedang bermujahadah’, bisikku di dalam hati.

Dulu aku juga sepertinya, aku tidak kuat untuk bermujahadah melawan hati. Susah, sukar dan tiada kata untuk kugambarkan. Aku tiada kekuatan.

Namun kusedar kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Itulah ayat yang Allah sebutkan dalam surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Jelas, nasib diri kita ditentukan oleh kita sendiri.

Dalam 10 ciri-ciri Daie, antaranya ialah mujahadah ala nafsi yang bermaksud mampu melawan hawa nafsu. Jadi, tidak dapat tidak, seorang Daie perlu kuat.

Ya, cinta adalah fitrah. Manusia tidak boleh melawan fitrah yang tersedia untuknya sejak azali. Tapi itu bukan alasan untuk menjadikan cinta kita kearah maksiat. Cinta adalah fitrah yang suci, nikmat yang suci datang dari Allah. 

Adakah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia?

Tidak!

Lantaran itu, kita sebagai manusia yang punya akal, kita perlu memimpin fitrah menyelusuri jalan yang benar dan diredhai. Cintai sesuatu mengikut jalan Allah, jangan ikutkan hati dan nafsu. Maka, jika kita punya masalah hati, jangan kita tanya nafsu. Pasti jawapan nafsu adalah cinta maksiat.

Justeru, tanyalah Allah. Allah lebih Mengetahui. Malah, Allah lebih dekat dengan hati manusia. Jika kita tanya Allah, Allah akan beri jawapan. Semestinya, jawapan Allah tidak mengecewakan.
Daie yang menjalani latihan dan pembelajaran di universiti tarbiyyah pasti lebih tahu untuk membimbing hatinya. 

Walaupun sebenarnya kita yakin dan tahu Allah akan uji hati kita dengan ujian yang kita tidak akan tahu apa. Kita hamba biasa, daie juga hamba Tuhan. Tapi kita mesti ingat, cabaran seorang Daie lebih kuat. Allah tidak mahu sesiapa yang memartabatkan dirinya dengan title Daie hidup dengan selesa dan mudah. Allah sudah sediakan bermacam tribulasi yang mesti kita hadapi.

Mahu ke syurga Allah bukan mudah. Syurga Allah mahal harganya. Lantaran itu kita perlu membayarnya dengan mahar yang tinggi nilainya.

Penting untuk seorang pejuang Allah itu menjaga hatinya. Teringat aku kata-kata sahabatku, hati adalah tempat pandangan Allah. Hati kita cuma satu, jika hati yang satu ini kita kotori, manakan lagi tempat nilaian Allah pada kita. Jika hati yang satu ini kita kotori dengan cinta insan yang belum pasti, adakah lagi tempat kita di sisi Allah.

Hati pejuang mesti bersih. Bila daie tidak menjaga hatinya, maka rosaklah dirinya. Terfitnahlah Islam kerananya dan runtuhlah dakwah di tangannya. Kejayaan dakwah bukan terletak pada kepandaian seorang daie berkata-kata tetapi terletak pada keihlasan dan kebersihan hati.

“Tuhan, dalam langkahku lalu, sesungguhnya ia penuh dosa dan noda. Sering bersilih ganti antara godaan dan keinsafan. Walau seringkali godaan memburu, seringkali juga keinsafan berbisik di hati hina ini. Ku sedari cinta manusia cuma setitis dari lautan cintaMu yang Maha luas. Tuhan, janganlah kasih setitis dalam hati ini melalaikan aku dari mengingatiMu. Paukan aku pada dahan cintaMu agar tidakku hanyut dengan fitnah dunia..”.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails